BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 2, 2009

ATAS NAMA CINTA..MULUT KURNIAAN ILAHI INI MENGUKIR MADAH..

kalau post sebelum ini aku lebih serius ke arah politik dan isu global,..
sekarang aku lebih suka untuk berbicara tentang CINTA..

BUKAN aku ingin bercerita tentag laila dan majnun,shah jehan dan mumtaz mahupun romeo kepada julietnya,
tapi..
aku lebih suke untuk membawa satu perspektif yang berbeza dalam soal CINTA..

sebenarnya ape tujuan kita bercinta..?
nafsu?
kasih sayang?
kebahagiaan masa depan?
menjadikan diri lebih matang dalam soal hidup?
siapa yang mampu menjawab persoalan ini?
bukan aku menulis melalui pena maya ini untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang kewajaran kita bercinta..
kerana semua terserah pada anda untukmenentukan apa hula tuju sesuatu percintaan..

CINTA itu satu ikatan suci..
tetapi terserah kepada kita untuk menentukan sesuatu percintaan...

kesuciannya..
jangan kita khianati dek desakan nafsu
kerna cinta sebenar datan berdasarkan syariat ALLAH,

CINTA YANG TULUS DATANG DARI DUA HATI YANG BENAR WUJUD KESERASIAN,
IKHLAS DAN PERCAYA ASAS KEBAHAGIAAN,
TATKALA RINDU TERUSIK,
PABILA CINTA BERBISIK,
LAMUNAN ITU TAKKAN PERNAH BERPENGHUJUNG,
KERNA JAUH DI HUJUNG SANA,
WUJUD NUR KASIH SAYANG DAN BAHAGIA,
SELAGI MANA DINAUNGI PENCIPTA YNG ESA,
PERASAAN INI TAKKAN PERNAH BERUBAH,
MESKI SETINGGI LANGIT DUGAAN YANG MENDATANG,
HALANGAN YANG MENJADI PENGADANG,
ATAS NAMA KETULUSAN HATI DAN KEIKHLASAN KASIH SAYANG,
AKU BERDIRI ATAS NAUNGAN ROBBUL IZZATI,
DEMI.....
CINTAKU YANG BENAR2 TULUS DAN SUCI..
ATAS NAMA CINTA